Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

10 Sept 2023

Program Selangor Agro Green Peringkat Daerah Sabak Bernam 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

PROGRAM SELANGOR AGRO GREEN PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM TAHUN 2023 BERTEMAKAN “TRANSFORMASI PERTANIAN KE ARAH PRODUKTIVITI & AGROPELANCONGAN”

9 & 10 September 2023 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah menyertai Pameran Program Selangor Agro Green Peringkat Daerah Sabak Bernam Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar anjuran Jabatan Pertanian Malaysia dan dirasmikan oleh Tuan Amri bin Ismail (S.M.S), Pegawai Daerah Sabak Bernam. 

Program Selangor Agro Green ini merupakan hari bertemu pelanggan bagi semua agensi di bawah Jabatan Pertanian Malaysia.

Penyertaan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor ini diharap dapat mempromosikan Banci Pertanian yang bakal dilaksanakan di seluruh Malaysia pada tahun hadapan iaitu tahun 2024. POG turut berkesempatan menghantar seorang wakil untuk mengendalikan pameran tersebut iaitu Puan Nik Zafifah.






Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Selangor kerana sudi menjemput DOSM bersama-sama dalam menjayakan pameran di Program ini. 


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.