Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

29 Sept 2023

Pertandingan Bowling DOSM Selangor 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

29 September 2023 - Perlawanan Bowling DOSM Selangor anjuran Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial DOSM Selangor (KSKS) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan dengan penglibatan 25 pasukan dari 9 unit/P.O di DOSM Selangor.


Acara pada kali ini menerima sambutan hangat dari peserta-peserta yang ternyata teruja tambahan lagi ia diadakan di Alam Lanes, AEON Shah Alam. Syabas dan jutaan terima kasih diucapkan buat seluruh warga DOSM Selangor yang tidak putus-putus menyokong program kelab seumpama ini. Semoga diberi ruang dan kesempatan di masa akan datang untuk pelaksanaan program yang lebih baik.

Perlawanan kali ini mencatatkan pasukan Cantona 7 (Unit Rangka dan Pemetaan) yang diketuai oleh Encik Ahmad Fais bin Misbah meraih gelaran juara dengan kutipan mata sebanyak 1,170, mendahului 29 mata dari pasukan Estimation (Unit Harga-harga) yang diketuai oleh Encik Talib bin Mansor. Manakala pasukan TePOK dari Pejabat Operasi Kajang yang diketuai oleh Encik Mohd Amri bin Mohd Sari berbangga meraih tempat ketiga dengan kutipan mata sebanyak 1,041.

Juara - Cantona 7 (Unit Rangka & Pemetaan)

Naib juara - Estimation (Unit Harga-harga)

Tempat ketiga - TePOK (POK)

Anugerah Top Scorer Lelaki dan Perempuan dirangkul oleh Encik Talib bin Mansor dan Puan Faridatulnurhana binti Ismail dengan mata jatuhan pin masing-masimg sebanyak 358 dan 265. Tahniah diucapkan buat semua pemenang dan selamat berusaha lagi buat pasukan-pasukan lain.

Top Scorer En. Talib & Puan Farry

Team POG pula berjaya.... memeriahkan suasana je... hehe

Laporan oleh : Puan Norashikin bt Nasokha
Setiausaha, Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial DOSM Selangor (KSKS)


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.